ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD

 TAKLIMAT KELAS BAHASA ARAB AT TILAWAH UNTUK SESI 2015

ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD

MUHANIS (M) SDN BHD telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 14 haribulan November 2008 . Ia merupakan sebuah syarikat persendirian dan pada 12 haribulan Januari 2010 telah menukar namanya kepada ALCC TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD dan syarikat ini adalah sebuah syarikat persendirian.Kini ia dikenali sebagai ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD.

Ia merupakan sebuah perniagaan 100% bumiputra di bawah Kementerian Kewangan Malaysia sebagai sebuah syarikat yang menjalankan khidmat latihan, tenaga pengajar dan moderator. Selain itu syarikat ini juga turut menawarkan penyediaan pentas/pameran/dokumentasi/penterjemahan.

ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD diuruskan sepenuhnya oleh Muhamad Bin Abdullah selaku Pengarah Urusan dan dibantu beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal – hal yang berkaitan dengan urusniaga dan kerja – kerja yang dijalankan.

ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu urusniaga dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.